4/16/2013

INGINKU SISIHKAN RINDUKU

Ingin kuhentikan
luahkan kerinduan
kusisihkan helainya 
membiarkan halangan terbina
menjadikan jarak yang menebal
langit pun bermeditasi
berseteru dengan rindu
berterbangan tidak tahu arah

suara sunyi
termangu diam aku
cahaya malam menyeru
kau lukiskan langit membiru
mengusik hariku
mengapa bayang itu bertamu
datang melintas menerusi buliran air mataku

lisanku yang berkata
mengurungkan rindu agar berhenti
di genggaman leburkan
pedulikan lelah bermuara
lalu kau bisikkan
mampukah!!

sesak nafas bagai tercurah
nadi bagai terhenti
katakan sekali lagi
mampukah !!

Eytajms
10/4/13
Taiping

Tiada ulasan:

Catat Ulasan