8/26/2013

KEMAAFAN ITU

CERPEN KEMAAFAN ITU Entah sampai bila harus perjalanan ini tersisa dengan kesakitan.pedih diri aku menanggung luka semalam. Sudah lama aku tidak kembali di daerah ini,mungkin ada yang tidak mengenali aku lagi.Seingat aku tempat inilah yang banyak membuatkan aku menjadi manusia yang terlalu banyak dosa dengan tangan ini juga aku menanggung rezeki untukbmereka. Ahh!! dosa aku. keluh wanita ini setelah lama termenung mengenang sejarah silamnya. Bangkit dari kisah itu seorang wanita yang kembali sedar atas kesilapan semalam.kini dengan berkat doa.Dia kembali mencari dirinya yang terlanjur atas kesilapan lalu. pertemuan itulah yang membuatkan wanita ini tersedar.dari kerna kesilapan dosa itu seorang pemuda kembali bertemu.Memohon kemaafan atas keterlanjurannya.Membiarkan wanita ini sendirian di hina atas kelakuan dan kesilapannya kisah perjalanan mereka terlalu rumit. Bermulanya atas dasar berperikemanusian lelaki yang bernama Danish telah membantu seorang yang teraniaya iaitu Warmida. Dari terjerebak dalam kancah pelacuran.Warmida telah diculik ketika berusia 17 tahun.Ketika itu Warmida seorang anak gadis yang penuh kesopanan.Di antara gadis-gadis kampung Sri Gading,Warmida menjadi perhatian.Tapi Warmida tidak di sukai oleh musuhnya,iaitu Zetty.Anak orang kaya kampung Sri Gading.Entah apa yang menyebabkan Zetty begitu marahkan warmida.Sejak alam persekolahan lagi Zetty memendam perasaan berniat jahat.Warmida tidak pernah mencari musuh,pada diri orang sekeliling. kerna orang-orang Sri Gading terlalu baik dengannya.Tidak pernah terfikir musuhnya ada. Satu hari Warmida pulang ke sekolah lewat.dan sepatutnya hari itu dia pulang dengan Cikgu Dasima.,tapi kerna terlewat kelas Warmida pulang sendiri.Jarak dari rumahnya dalam setengah jam perjalanan.oleh kerana bas agak lambat,warmida pulang dengan berjalan kaki. sambil mengalas beg serta buku yang di tangan Warmida tersenyum bila mengenangkan esok adalah hari lahir diri yang genap 17 tahun.Alangkah indah andai dapat 'henpon' yang di janjikan oleh ibunya mak ita.sedang melangkah Warmida terpandang ada kereta dari tadi mengikutinya.Tiba-tiba tangann warmida direntap kuat oleh lelaki bertopeng.Dengan sekelip mata Warmida terperosok kedalam kenderaan pacuan 4 roda.dengan lajunya memecut. Warmida menjerit-jerit minta lepaskan.namun tangan sasa yang mengenggam warmida terlalu kuat. Dalam terjerit,Warmida terpandang di hadapannya Zetty.Alangkah terkejutnya Warmida. Zetty! awak ke tu? "Tolong! aku Zetty" Tiba-tiba Zetty yang tadi hanya memandang tajam.ketawa dengan rakusnya,bersuara. "Aku nak tolong kau,?sorry lah Warmida,aku nak jual kau pada sindikit pelacuran lagi adalah. baru aku puas,Warmida."kata Zetty sambil ketawa. "Abang,tolong bawa saya pergi penjuru sungai. "Zetty mengarah pemandu yang memandu itu Warmida terkejut bila saat zetty berkata sindikit pelacuran.Apakah semua ini.Warmida masih keliru apakah benar yang diperkatakan Zetty. sambung esok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan